WANG KERTAS MALAYSIA
SIRI BAHARU /
Keunikan Malaysia / Distinctively Malaysia
Wang Kertas Malaysia Siri Baharu / The New Series of Malaysian Banknotes
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya 
dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber 
inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. 
Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini 
memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, 
keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.
The latest series of Malaysian 
banknotes draws its inspiration from elements which distinctively define
 the country's diverse culture, heritage and nature. Themed 
'Distinctively Malaysia', the fourth series of Malaysian banknotes 
features traditional expressions in the art and craft, natural wonders, 
flora and fauna, economy and tradition.
Pada bahagian hadapan semua 
denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang
 di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku 
Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional. 
Bahagian belakang setiap denominasi 
wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, 
flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.
On the obverse side, all banknote 
denominations in the new series retain the portrait of the first Seri 
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku 
Muhammad, the national flower Rosa-sinensis hibiscus (known locally as the 'Bunga Raya') and patterns of traditional woven fabric - the 'songket'.
The reverse side of each banknote 
denomination features different elements of nature, tradition, culture, 
flora, fauna and the economy that are distinctively Malaysian.
| Denominasi | Substrat | Ukuran | Warna | 
| RM100 | Kertas | 150mm X 69mm | Ungu | 
| RM50 | Kertas | 145mm X 69mm | Hijau-biru | 
| RM20 | Kertas | 145mm X 65mm | Jingga | 
| RM10 | Kertas | 140mm X 65mm | Merah | 
| RM5 | Polimer | 135mm X 65mm | Hijau | 
| RM1 | Polimer | 120mm X 65mm | Biru | 
Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi.
Dua keajaiban alam semula jadi 
terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh 
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu 
(UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. 
Keajaiban alam semula jadi yang 
mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu 
yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan 
pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api,
 yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. 
Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik. 
Natural Wonders
The  magnificent beauty of Malaysia's
  two prominent natural wonders, declared 'World Heritage Sites' by the 
United  Nations Educational, Scientific and Cultural Organization 
(UNESCO) are  portrayed on the RM100 banknote. 
These are the Kinabalu  Park in 
Sabah, home to the majestic Mount Kinabalu  (the highest mountain in 
Southeast Asia) and the spectacular limestone pinnacle  rock formations 
of Gunung Api valley, found within the Mulu  National Park in Sarawak.  
Together, they represent the many natural wonders of Malaysia that provides visitors a  unique experience.
Wang kertas RM50
Pertanian dan Teknologi
Kelapa sawit dan bioteknologi 
dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang 
berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara 
yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu
 pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.
Bioteknologi  terus meningkatkan 
kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong  transformasi 
ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi  dalam 
sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. 
Minyak sawit mentah juga  digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.
Agriculture and Technology
Oil  palm and biotechnology are 
featured on the RM50 banknote as Malaysia's thriving economy icons.  Oil
 palm has become the country's most valuable agricultural crop as 
Malaysia  is one of the largest producer and exporter of palm oil in the
 world.
Biotechnology continues to drive this
 commodity up the value chain, supporting  the nation's economic 
transformation towards higher value-added activities in  the 
agriculture, manufacturing and services sectors of the economy. 
Crude palm  oil is also used as the underlying commodity to facilitate Islamic financing.
Wang kertas RM20
Hidupan Laut
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea),
 yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan 
berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas 
RM20 baharu.
Penyu Karah mudah dikenali melalui 
muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu 
Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada 
cangkerangnya. 
Kewujudan penyu-penyu ini memberi 
peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti 
manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan 
bijaksana.
Marine Life
As ambassadors of the rich and colourful 
marine life found in our tropical waters, two of the most well-known 
species of sea turtles endemic to Malaysian waters are on the new RM20 
banknote - the Hawksbill Turtle (Eretmochelys imbricata) and Leatherback Turtle (Dermochelys coriacea). 
The Hawksbill is easily identified by its 
curved beak and scaly shell while the Leatherback has a leathery skin 
and seven ridges on its shell. 
These gentle turtles are a reminder that 
their existence rests in the delicate balance of human activity and 
marine life conservation.
Wang kertas RM10
Flora
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, 
iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis 
pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar 
di dunia iaitu Rafflesia.
Spesies  Rafflesia Azlanii yang 
dipaparkan  pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli 
Semenanjung Malaysia  dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal
 Belum di negeri Perak pada  tahun 2003. 
Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang
 mengagumkan ini  dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan 
Muhibbuddin Shah ibni  Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah 
Ghafarullahu-Lah.
Flora
Malaysia's lush tropical jungle, which is 
one of the world's oldest living rainforest, is home to a spectacular 
variety of flowering plants. Most iconic amongst them is the Rafflesia, 
the world's largest flower. 
The Rafflesia Azlanii species 
featured on the new RM10 banknote is indigenous to Peninsular Malaysia 
and was first discovered in the Royal Belum Forest Reserve of the state 
of Perak in 2003. 
To commemorate its discovery, this 
majestic flower was named after the Sultan of Perak, Sultan Azlan 
Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin  Shah 
Ghafarullahu-Lah.
Wang polimer RM5
Hidupan Liar
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros),
 iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan
 di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu. 
Burung hutan yang menarik, bersayap lebar 
dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan 
hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan 
upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi 
Kenyalang'. 
Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.
RM5 polymer banknote
Widlife
Featured on the new RM5 polymer banknote is the Rhinoceros Hornbill (Buceros rhinoceros), one of the largest and most magnificent hornbill species in the world.
Found in low densities throughout various 
rainforests in the country, this beautiful, broad-winged and long-tailed
 forest bird plays an important role in the customs and traditional 
ceremonies in Sarawak which is known as 'Bumi Kenyalang' or 'Land of 
Hornbills'.
Hornbill is also seen as a symbol of strength and courage by the native communities of Sarawak.
Wang polimer RM1
Sukan Tradisional
Permainan wau merupakan sukan tradisional 
yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. 
Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk 
meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan 
negeri-negeri tersebut.
Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu. 
Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat 
daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang 
menghiasi rumah-rumah di MalaysiaRM1 polymer banknote
Traditional Sport
Kite-flying is a popular traditional sport in 
Malaysia especially in Kelantan and Terengganu. Kite-flying is also 
traditionally a celebration of a good harvest which brings together the 
local communities in these states. 
Amongst the best-known and most iconic Malaysian kites is the 'Wau Bulan' or Moon Kite which is featured on the new RM1. 
The Wau Bulan, which is hand crafted from 
bamboo and paper, is also a popular decorative item that adorns the 
walls of Malaysian homes.
# SEMUA MAKLUMAT DIATAS DIPETIK DARI LAMAN SESAWANG BANK NEGARA MALAYSIA.
 
