Memaparkan catatan dengan label Lencana Sumbangan dari sekolah.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lencana Sumbangan dari sekolah.. Papar semua catatan

Khamis, 27 Ogos 2009

Lencana Sekolah / School Badges - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMAI INDAH, BUKIT MERTAJAM










MOTO :Sentiasa Unggul
Unggul bermaksud teristimewa,terutama,terbaik,bijak,cekap,melebihi dan mengatasi
yang lain.Ia merupakan suatu cita-cita dan pengharapan ideal yang ingin dicapai oleh
setiap insan.Unggul bagi warga SMK Permai Indah ialah berusaha untuk mencapai
impian menjadi insan terbilang dalam semua aspek meliputi jasmani,emosi,rohani dan
intelek.Ini penting bagi mencapai kecemerlangan yang hakiki.
LOGO : Tangan Berdoa-Konsep bersyukur atas kurniaan Tuhan
Bulan dan bintang-Melambangkan integriti,kesucian dan keikhlasan beragama
Buku-Melambangkan ketinggian dan kekuatan bangsa
Komputer-Melambangkan kemampuan menguasai bidang sains dan teknologi
Bentu bulat-Melambangkan budaya kerjasama dan sepakat dalam tindakan
WARNA:Biru-Kematangan,harmoni dan perpaduan
Merah-Semangat berani dan berketrampilan
Putih-Sentiasa berdisplin tinggi dalam tindakan
Kuning-Kesucian dan sentiasa menghayati nilai murni







SMK Permai Indah dibina pada bulan September 2000.Pembinaan sekolah ini dimajukan oleh syarikat pemaju perumahan iaitu Syarikat Jamil Ghani Construction iaitu sebuah syarikat swasta dengan kos pembinaan sebanyak RM14juta.

Sebelum dibina, kawasan ini merupakan kawasan semak samun dan paya bakau. Kawasan diratakan dengan ditimbuni tanah sedalam 3 kaki. Keluasan kawasan sekolah ini dalam lingkungan 17.56 ekar. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasana 4 blok bangunan utama iaitu Blok A, B, C dan D. Di samping itu, terdapat blok ,kantin, surau, tempat letak basikal dan tempat menunggu bas.

Selain itu, terdapat 30 buah bilik darjah, 6 buah bilik makmal sains, 2 buah makmal komputer dan 2 buah makmal bahasa. Teradapat sebuah bilik muzik, bilik geografi, bilik sejarah, bilik gelap, bilik seni, bilik buku teks, bilik koperasi, bilik sukan, bilik kaunseling, bilik peperiksaan, bilik guru kanan, bilik pengetua, 2 buah bilik penolong kanan dan bilik penyelia petang serta bilik guru. Sekolah ini juga dilengkapi dengan alat penghawa dingin di blok pentadbiran.

Sekolah ini siap dibina pada Disember 2001. Mulai 7 Januari 2002, ia menerima pelajar perintis seramai 296 orang. Mereka terdiri dari 94 orang pelajar melayu, 131 orang pelajar cina dan 51 orang pelajar india.8 buah kelas dibuka dengan 5 buah kelas khas untuk aliran kebangsaan dan 3 buah kelas untuk kelas peralihan. Bilangan guru pada peringkat awal adalah seramai 11 orang dan 2 orang kakitangan staf sokongan.

Tuan Haji Mohd Munir Bin Md.Ramli dilantik sebagai Pengetua sekolah ini, dibantu oleh Puan Munirah Ooi Abdulllah sebagai Penolong Kanan, Encik Choo Seng Hwa sebagai Penolong Kanan HEM dan Encik Ahmad Fauzi Bin Harun sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum.


* Lencana sekolah ini merupakan sumbangan dari Cikgu Lina yang bertugas di Sekolah Menengah Permai Indah, Bukit Mertajam dan diterima oleh penulis pada 20 / 08 /2009.
* Terima kasih tidak terhingga dari saya.

Jumaat, 31 Julai 2009

Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BANDAR SEREMBAN.


SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BANDAR SEREMBAN


Warna Kuning : Kesetiaan ( Untuk belajar )
Warna Merah : Semangat ( Untuk mencari ilmu )
Warna Hitam : Kecacatan ( Pendengaran dan Penglihatan )
Warna Hijau : Kesegaran ( Fizikal dan Mental )
Warna Putih : Kesucian ( Fikiran dan Perbuatan )

Obor : Semangat dan harapan yang tidak kunjung padam untuk menuntut ilmu
Buku : Ilmu yang dipelajari
Padi : Negeri Sembilan Darul Khusus
Kubah : Mercu kejayaan



SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1962, kelas khas untuk murid-murid bermasalah pendengaran dimulakan oleh mendiang En.V.S Param di Sekolah Rendah Dato’ Klana Maamor, Seremban dalam rancangan kelas percantuman. Guru yang pertama mengajar dikelas tersebut ialah En. Lee Kang Hai.


Pada peringkat awal penubuhannya terdapat 12 orang murid sahaja dan ditempatkan dalam satu kelas. Pada tahun 1967, kelas ini bertambah kepada dua dengan bertambahnya bilangan murid dan tenaga pengajar dan seterusnya menjadi empat buah kelas dengan empat orang tenaga pengajar pada tahun 1977.


Pada tahun 1978, sebuah mini asrama telah dibina dengan kerjasama AJK Mini Asrama dan Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah mendapat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Dengan adanya mini asrama ini bilangan murid telah bertambah dari 36 orang kepada 56 orang dengan tenaga pengajar seramai 6 orang. Sehinggalah pada tahun 1985, sebuah bangunan asrama yang baru telah dibina yang memuatkan 100 orang murid.


Pada tahun 1987, kelas ini tidak lagi menjadi kelas percantuman. Pentadbiran sekolah ini telah dipisahkan dari Sekolah Rendah Dato’ Klana Maamor, Seremban dan Puan Rosbiah Bt. Mohd.Tahir telah dilantik menjadi guru besar bagi Sekolah Rendah Pendidikan Khas Seremban.

Kelas khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan telah dibuka pada tahun 1989 dengan dua orang murid dan seorang tenaga pengajar. Pada tahun 1990, sebuah kelas Pra Sekolah telah dimulakan dengan 6 orang murid. Dengan adanya kelas ini, intervensi awal dapat dijalankan demi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran.

Pada tahun 1991, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Seremban telah mendapat sebuah bangunan yang baru. Bangunan baru empat tingkat ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik kelas, bengkel kemahiran hidup, bilik audiologi, pusat sumber sekolah, perpustakaan, klinik, bilik guru serta pejabat. Sekolah ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Dr. Hj. Sulaiman B. Hj. Daud, Menteri Pelajaran ketika itu, pada 15 April 1994.

SK Pendidikan Khas Seremban,
Jln Muthu Cumaru
70200 Seremban

Email: skpk_seremban@hotmail.com Tel: 067624181

* Lencana ini sumbangan dari Ustaz Azril yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Bandar Seremban dan diterima oleh penulis pada 31/07/2009.

* Ribuan terima kasih diucapkan.

Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 20, BANDAR PUSAT JENGKA, PAHANG


* Lencana ini sumbangan dari saudari Saliza yang bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 20 dan diterima oleh penulis pada 28/07/2009.

* Terima kasih daun keladi.

Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR


Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar pada awal penubuhannya adalah dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Pada April 1959 Darjah Menengah Kebangsaan dimulakan. Pengasas pertama Encik Maulan Dollah Mokeri, bilangan pelajar pertama seramai 36 orang. Ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar. Pada Januari 1960 bilangan pelajar seramai 60 orang dengan tenaga pengajar seramai 3 orang.

Pada Oktober 1961 pelajar pertama dari Darjah Menengah Kebangsaan menduduki peperiksaan SRP dengan mencatat keputusan 74% pelajarnya berjaya masuk ke Tingkatan 4. Pada tahun 1962 Darjah Menengah Kebangsaan ditutup dan semua pelajarnya dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam.

Dasar Anika Jurusan yang diperkenalkan telah menyebabkan Darjah Menengah Kebangsaan Sungai Besar ditubuhkan kembali. Darjah Menengah Kebangsaan ini di buka kembali pada 11 Januari 1965 mempunyai murid seramai 56 orang laki-laki dan perempuan. Murid-murid ini datang dari 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Besar dan Sekolah Kebangsaan Pancang Pedena. Oleh sebab bangunan khas tidak ada, murid-murid sekolah ini masih menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, memenuhi 2 buah bilik darjah dalam satu blok bangunan.

SMK 60AN


Pada peringkat ini gurunya terdiri dari seorang Guru Ketua Encik Abdul Majid bin Saleh dan Encik Sabar bin Bohari (yang kemudian ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Besar), seorang guru Pelatih Pusat Latihan Daerah Encik Zainuri bin Haji Sanusi serta seorang guru sementara Encik Hanafiah bin Burahmat (sehinggga 26 Ogos 1965).

Keadaan sekolah di masa itu amat menyedihkan kerana segala-galanya kekurangan. Murid terpaksa duduk di atas bangku panjang murid darjah satu, sementara meja tulisnya ialah meja urusan rumah tangga. Kedudukan pelajar adalah mengiring ke papan hitam, keadaan ini berterusan sehingga akhir tahun 1965.

Pada awal tahun 1966 pelajar sekolah bertambah menjadikan 4 darjah. Guru Ketua Encik Sabar bin Bohari berusaha mencari jalan menyelesaikan masalah bilik darjah. Berkat kerjasama dan murah hati Lembaga Pengurus Sekolah Ugama dan Arab, Guru Besar dan guru-guru sekolah tersebut telah dijadikan tempat belajar bagi murid-murid Darjah Menengah Kebangsaan Sungai Besar.

Bilangan guru bertambah dengan kehadiran Encik Masran bin Md. Roslan (MTC), Encik Idris bin Denan (sementara), Cik Norjana binti Lipun (sementara yang kemudian diberhentikan kerana berumur kurang dari 18 tahun dan tempatnya digantikan oleh Encik Mohd. Khamijah bin Bauk) dan Encik Abd. Rahman bin Sahalan (RTC).

SMK 60AN

* Lencana ini sumbangan dari saudara Mohd Hussairy (whoshy) yang bertugas di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR dan diterima oleh penulis pada 27/07/2009.

* Terima kasih tidak terhingga dari saya.

Selasa, 21 Julai 2009

Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BIDOR, BIDOR PERAK





VISI SEKOLAH

MENJADIKAN SK SERI BIDOR SALAH SEBUAH SEKOLAH YANG TERBILANG DALAM UPSR DAERAH BATANG PADANG DAN NEGERI PERAK MENJELANG TAHUN 2010.


MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DALAM ASPEK KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH BAGI MENGHASILKAN INSAN YANG TERBAIK, BERDAYA SAING UNTUK MEMENUHI ASPIRASI NEGARA DAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM.


* Lencana ini sumbangan daripada SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BIDOR dan diterima oleh
penulis pada 21/07/2009.
* Terima kasih tidak terhingga dari saya.