Memaparkan catatan dengan label Info kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info kesihatan. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Mei 2009

Penumpang MH091 13 Mei Diminta Hubungi Kementerian Kesihatan

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2009(Bernama) -- Berikutan pengesahan kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia, semua penumpang Penerbangan Malaysia MH091 dari New York, yang tiba di KLIA pada 7.15 pagi 13 Mei lepas, diminta menghubungi Kementerian Kesihatan kerana pesakit itu menaiki pesawat yang sama.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata penumpang boleh menghubungi kementerian menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 untuk tindakan susulan.

Katanya kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia melibatkan pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lepas dan mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Buloh pada petang hari yang sama.

"Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Ismail dalam satu kenyataan Jumaat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang sedang transit di London, untuk menghadiri Perhimpunan Agong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, telah terdahulu hari ini mengesahkan kepada Bernama mengenai kes pertama itu.

Dr Ismail berkata Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk menghubungi ahli keluarga pelajar itu dan sejarah komunikasi beliau dengan penumpang serta anak kapal lain dalam pesawat yang sama dengannya.

Dr Ismail berkata orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini.

Kementerian Kesihatan dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

Kementerian telah meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa berwaspada dan merujuk segera kes-kes yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak influenza A(H1N1) dan mengalami demam serta satu daripada gejala berikut --- batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak -- ke hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Sehingga 12 tengah malam 14 Mei, selain satu kes positif yang berkenaan itu, kementerian telah menerima 11 lagi notifikasi kes di mana enam dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh, dua kes di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan masing-masing satu kes di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Baharu, bagi tujuan siasatan dan pemerhatian.

"Kesemua kes menunjukkan tanda-tanda jangkitan influenza dan mempunyai sejarah melawat negara yang dilanda wabak berkenaan. Sampel klinikal kesemua pesakit itu telah dihantar kepada IMR (Institut Penyelidikan Perubatan) untuk ujian makmal dan didapati negatif," katanya.

Pada masa ini, 20 pengimbas telah dipasang di pintu masuk negara dan sejumlah 9,324 individu yang tiba dari negara terbabit telah disaring.

"Tiada kes yang dirujuk ke hospital rujukan bagi tujuan penyiasatan," katanya.

Sehingga semalam, bilangan penumpang yang telah disaring di semua lapangan terbang antarabangsa ialah 82,236 orang.

Sehingga pukul 8 pagi ini, WHO telah memaklumkan satu negara lagi terjejas dengan influenza A(H1N1) iaitu Belgium melibatkan satu kes dan menjadikan jumlah keseluruhan negara terlibat 34 buah, dengan 7,457 kes influenza A(H1N1) disahkan.

Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.



-- BERNAMA

Kes Pertama Influenza A (H1N1) Di Malaysia.

Malaysia


KUALA LUMPUR, 15 Mei 2009 (Bernama) -- Malaysia melaporkan kes pertama kes jangkitan influenza A (H1N1) melibatkan seorang pelajar yang baru kembali dari Amerika Syarikat dua hari lepas.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Pelajar lelaki itu kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, katanya kepada Bernama dari London.

"Pelajar itu kembali ke Malaysia pada 13 Mei dan keesokkannya, dia mendapatkan rawatan selepas berasa tidak sihat. Ujian mengesahkan dia dijangkiti virus H1N1."

Liow, dalam perjalanan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan sedang transit di London.

Katanya, kakitangan kesihatan sedang berusaha mengesan semua penumpang dalam penerbangan itu dan mereka yang berhubungan dengan pelajar itu sejak kepulangannya.

"Ini amat penting dan semua perlu beri kerjasama untuk mencegah penularan wabak penyakit ini di negara ini. Kami telah mengambil pelbagai langkah pencegahan dan jabatan kesihatan sedang bekerja keras untuk mencegahnya," katanya.

Liow turut menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga dan segera mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat.

"Butiran kes pertama ini akan diberikan oleh pegawai Kementerian Kesihatan pada sidang akhbar pada 4 petang ini," katanya.

-- BERNAMA

Selasa, 12 Mei 2009

INFO : Roti - Bahaya Dan Keperluan.


Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau
Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).
Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami
semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).
Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan
Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.

Gardenia
Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2..4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).
Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik
melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi
dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5
Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.


Roman Meal
Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya
Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali
lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik,
sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera
Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan
Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. Untuk hasil sepenuhnya, lihat jadual.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering..

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002
mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan
Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar
undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?
? Tepung Beracun
? Pelembut Doh
? Sisa Racun Makhluk Perosak
? Logam Berat
? Pemutih
? Pengemulsi
? Rambut Manusia (L-cysteine)
? Agen Pengurang
? Pengawet
? Terlalu Banyak Garam
? Lemak Trans
? Terlalu Banyak Yis
? Enzim Ubah Suai Genetik
? Yis Ubah Suai Genetik
Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia , roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk
menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan membakar").

Roti hari ini juga menjadi semakin lembut ? mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber
daripada bijirin semula jadi.

Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

"Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan
kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti." (Akhbar British The Independent, dalam artikel, "The Shocking Truth About Bread," 29 Ogos 2006).

Berikut adalah maklumat terkini kompilasi fakta penting mengenai roti.
1. Terlalu Banyak Bahan Penambah
Roti yang dijual hari ini terlalu banyak bahan kimia dengan bahan penambah (contohnya roti putih,
merupakan salah satu bahan makanan yang paling tercemar dengan bahan kimia yang boleh diperolehi hari ini.)

Bahan penambah adalah bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung sewaktu pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan. Ia membantu untuk memperbaiki jangka hayat penyimpanan roti, nilai pemakanan atau perisa.
Bagaimanapun, bahan penambah bukanlah khasiat pemakanan semula jadi untuk manusia. Malah ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya ammonium klorida, salah satu bahan kimia yang ditemui dalam beberapa roti yang dipertingkatkan, mengurangkan keasidan air kencing dan perlu dielakkan oleh mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang.

Kalium bromat, bahan penambah biasa yang digunakan dalam roti untuk meningkatkan jumlah, dan untuk menghasilkan roti dengan struktur serbuk halus, juga boleh menjadi toksik kepada sesetengah orang.
Bromat sendiri boleh menyebabkan kanser pada binatang dan kebanyakan bromat dengan cepat berpecah kepada bentuk bromida berbahaya.

Bromat telah diharamkan di seluruh dunia kecuali di Jepun dan Amerika Syarikat. Di California, tanda
amaran kanser diperlukan pada label jika bromat terdapat dalam roti..

Apa Lagi Dalam Roti Anda?
Pemutih: Tepung yang dikisar mempunyai kesan kekuningan dan kualitinya tidak baik. Sewaktu penyimpanan, warnanya menjadi putih dan kualitinya berubah dengan perlahan. Sesetengah pelembut doh digunakan untuk mempercepatkan proses ini. Pemutih juga turut digunakan sebagai ganti tepung yang lama. Contohnya benzoyl peroxide dan gas klorin dioksida digunakan untuk memutihkan tepung.

Pelembut Doh: Pembuat roti komersial sering menggunakan bahan penambah seperti pelembut doh untuk memperbaiki tekstur, penampilan dan hayat simpanan roti. Sesetengah pelembut ditambah sewaktu di kilang tepung, manakala yang lainnya ditambah di tempat membuat roti.