Selasa, 4 Ogos 2009

Wang Kertas Indonesia- Seribu Rupiah ( 1992 )


Wang Kertas Indonesia- Seratus Rupiah ( 1992 )


Wang Kertas Indonesia- Lima Rupiah ( 1959 )


Wang Kertas Indonesia- Satu Rupiah ( 1956 )


Wang Kertas- Dua Puluh Ringgit / Bank Notes-Twenty Ringgit



Wang kertas RM20 ini ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara ketiga iaitu Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein.

Wang Kertas- Dua Ringgit / Bank Notes-Two Ringgit.



Wang kertas nilai baru RM2 yang bertemakan wawasan 2020 telah dikeluarkan pada 5 Februari 1996. Dimuka belakang memaparkan imej-imej yang menggambarkan kepesatan pembangunan di Malaysia.

Wang Kertas- Sepuluh Ringgit Siri Kedua / Bank Notes-Ten Ringgit Second Series



Siri kedua RM10 telah dikeluarkan oleh Bank Negara pada 15 September 1983. Reka bentuk secara keseluruhannya adalah berdasarkan kepada corak tatu kaum Iban.

Dimuka belakang memaparkan Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang telah siap dibina pada tahun 1911.

Wang Kertas- Lima Ringgit Siri Kedua / Bank Notes-Five Ringgit Second Series



Wang kertas RM5 dengan rekabentuk baru dibamuka belakang yang memaparkan tiang bendera tanpa palang.

Isnin, 3 Ogos 2009

Wang Kertas- Lima Ringgit Siri Kedua / Bank Notes-Five Ringgit Second Series



Rekabentuk baru dimuka hadapan dibahagian kiri.

Wang Kertas- Satu Ringgit Siri Kedua / Bank Notes-One Ringgit Second Series



Siri kedua wang kertas RM1 yang telah dikeluarkan pada 16 Januari 1984 dan terus digunakan selepas perlantikan Gabenor Bank Negara ketiga iaitu Tan Sri Dato'Jaffar Hussein pada Jun 1985.

Wang Kertas- Dua Puluh Ringgit / Bank Notes-Twenty Ringgit



Nilai baru RM20 telah diperkenalkan oleh Bank Negara pada 1 September 1982 dengan ditandatangani oleh gabenor Bank Negara ke 2 iaitu Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha.

Wang Kertas- Lima Ringgit Siri Kedua / Bank Notes-Five Ringgit Second Series



Siri kedua wang kertas RM5 telah dikeluarkan pada 16 Januari 1984 dan masih ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara kedua iaitu Tan Sri Abdul Aziz Haji Taha.

Reka bentuk muka hadapan berdasarkan reka bentuk lain songket dan dimuka belakang memaparkan Istana Negara, istana rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Wang Kertas- Satu Ringgit Siri Kedua / Bank Notes-One Ringgit Second Series



Siri kedua wang kertas RM1 telah dikeluarkan pada 16 Januari 1984 dan masih ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara kedua iaitu Tan Sri Abdul Aziz Haji Taha.

Ahad, 2 Ogos 2009

Wang Kertas- Satu Ringgit Siri Pertama / Bank Notes-One Ringgit First Series



Wang kertas siri pertama telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Jun 1967. Dimuka hadapan ialah potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan.

Wang kertas ini ditandatangani oleh Gabenor kedua iaitu Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Taha.

Wang Kertas- Sepuluh Ringgit Siri Pertama / Bank Notes-Ten Ringgit First Series


Wang Kertas- Lima Ringgit Siri Pertama / Bank Notes-Five Ringgit First Series


Wang Kertas- Satu Ringgit Siri Pertama / Bank Notes-One Ringgit First Series


Wang kertas ni beli kat ebay. Memang sengit waktu nak dapatkan duit ni. Bidaan pada saat-saat akhir memihak kepada saya. Syukur alhamdulillah.

Saya tidak memilih keadaan wang kertas , janji ada sudah memadai untuk menjadi tatapan anak cucu dimasa hadapan. Paling tinggi pun mungkin wang kertas RM100. Nak simpan nilai yang lebih tinggi pun tak mampu, apa yang termampu itulah yang disimpan.

Wang Kertas- Satu Ringgit Siri Pertama / Bank Notes-One Ringgit First Series



Wang kertas siri pertama telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Jun 1967. Dimuka hadapan ialah potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan dan ditandatangani oleh Gabenor pertama iaitu Tun Ismail Mohd Ali.

Jumaat, 31 Julai 2009

Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BANDAR SEREMBAN.


SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BANDAR SEREMBAN


Warna Kuning : Kesetiaan ( Untuk belajar )
Warna Merah : Semangat ( Untuk mencari ilmu )
Warna Hitam : Kecacatan ( Pendengaran dan Penglihatan )
Warna Hijau : Kesegaran ( Fizikal dan Mental )
Warna Putih : Kesucian ( Fikiran dan Perbuatan )

Obor : Semangat dan harapan yang tidak kunjung padam untuk menuntut ilmu
Buku : Ilmu yang dipelajari
Padi : Negeri Sembilan Darul Khusus
Kubah : Mercu kejayaan



SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1962, kelas khas untuk murid-murid bermasalah pendengaran dimulakan oleh mendiang En.V.S Param di Sekolah Rendah Dato’ Klana Maamor, Seremban dalam rancangan kelas percantuman. Guru yang pertama mengajar dikelas tersebut ialah En. Lee Kang Hai.


Pada peringkat awal penubuhannya terdapat 12 orang murid sahaja dan ditempatkan dalam satu kelas. Pada tahun 1967, kelas ini bertambah kepada dua dengan bertambahnya bilangan murid dan tenaga pengajar dan seterusnya menjadi empat buah kelas dengan empat orang tenaga pengajar pada tahun 1977.


Pada tahun 1978, sebuah mini asrama telah dibina dengan kerjasama AJK Mini Asrama dan Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah mendapat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Dengan adanya mini asrama ini bilangan murid telah bertambah dari 36 orang kepada 56 orang dengan tenaga pengajar seramai 6 orang. Sehinggalah pada tahun 1985, sebuah bangunan asrama yang baru telah dibina yang memuatkan 100 orang murid.


Pada tahun 1987, kelas ini tidak lagi menjadi kelas percantuman. Pentadbiran sekolah ini telah dipisahkan dari Sekolah Rendah Dato’ Klana Maamor, Seremban dan Puan Rosbiah Bt. Mohd.Tahir telah dilantik menjadi guru besar bagi Sekolah Rendah Pendidikan Khas Seremban.

Kelas khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan telah dibuka pada tahun 1989 dengan dua orang murid dan seorang tenaga pengajar. Pada tahun 1990, sebuah kelas Pra Sekolah telah dimulakan dengan 6 orang murid. Dengan adanya kelas ini, intervensi awal dapat dijalankan demi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran.

Pada tahun 1991, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Seremban telah mendapat sebuah bangunan yang baru. Bangunan baru empat tingkat ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik kelas, bengkel kemahiran hidup, bilik audiologi, pusat sumber sekolah, perpustakaan, klinik, bilik guru serta pejabat. Sekolah ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Dr. Hj. Sulaiman B. Hj. Daud, Menteri Pelajaran ketika itu, pada 15 April 1994.

SK Pendidikan Khas Seremban,
Jln Muthu Cumaru
70200 Seremban

Email: skpk_seremban@hotmail.com Tel: 067624181

* Lencana ini sumbangan dari Ustaz Azril yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Bandar Seremban dan diterima oleh penulis pada 31/07/2009.

* Ribuan terima kasih diucapkan.

Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 20, BANDAR PUSAT JENGKA, PAHANG


* Lencana ini sumbangan dari saudari Saliza yang bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 20 dan diterima oleh penulis pada 28/07/2009.

* Terima kasih daun keladi.

Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR


Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar pada awal penubuhannya adalah dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Pada April 1959 Darjah Menengah Kebangsaan dimulakan. Pengasas pertama Encik Maulan Dollah Mokeri, bilangan pelajar pertama seramai 36 orang. Ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar. Pada Januari 1960 bilangan pelajar seramai 60 orang dengan tenaga pengajar seramai 3 orang.

Pada Oktober 1961 pelajar pertama dari Darjah Menengah Kebangsaan menduduki peperiksaan SRP dengan mencatat keputusan 74% pelajarnya berjaya masuk ke Tingkatan 4. Pada tahun 1962 Darjah Menengah Kebangsaan ditutup dan semua pelajarnya dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam.

Dasar Anika Jurusan yang diperkenalkan telah menyebabkan Darjah Menengah Kebangsaan Sungai Besar ditubuhkan kembali. Darjah Menengah Kebangsaan ini di buka kembali pada 11 Januari 1965 mempunyai murid seramai 56 orang laki-laki dan perempuan. Murid-murid ini datang dari 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Besar dan Sekolah Kebangsaan Pancang Pedena. Oleh sebab bangunan khas tidak ada, murid-murid sekolah ini masih menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, memenuhi 2 buah bilik darjah dalam satu blok bangunan.

SMK 60AN


Pada peringkat ini gurunya terdiri dari seorang Guru Ketua Encik Abdul Majid bin Saleh dan Encik Sabar bin Bohari (yang kemudian ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Besar), seorang guru Pelatih Pusat Latihan Daerah Encik Zainuri bin Haji Sanusi serta seorang guru sementara Encik Hanafiah bin Burahmat (sehinggga 26 Ogos 1965).

Keadaan sekolah di masa itu amat menyedihkan kerana segala-galanya kekurangan. Murid terpaksa duduk di atas bangku panjang murid darjah satu, sementara meja tulisnya ialah meja urusan rumah tangga. Kedudukan pelajar adalah mengiring ke papan hitam, keadaan ini berterusan sehingga akhir tahun 1965.

Pada awal tahun 1966 pelajar sekolah bertambah menjadikan 4 darjah. Guru Ketua Encik Sabar bin Bohari berusaha mencari jalan menyelesaikan masalah bilik darjah. Berkat kerjasama dan murah hati Lembaga Pengurus Sekolah Ugama dan Arab, Guru Besar dan guru-guru sekolah tersebut telah dijadikan tempat belajar bagi murid-murid Darjah Menengah Kebangsaan Sungai Besar.

Bilangan guru bertambah dengan kehadiran Encik Masran bin Md. Roslan (MTC), Encik Idris bin Denan (sementara), Cik Norjana binti Lipun (sementara yang kemudian diberhentikan kerana berumur kurang dari 18 tahun dan tempatnya digantikan oleh Encik Mohd. Khamijah bin Bauk) dan Encik Abd. Rahman bin Sahalan (RTC).

SMK 60AN

* Lencana ini sumbangan dari saudara Mohd Hussairy (whoshy) yang bertugas di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR dan diterima oleh penulis pada 27/07/2009.

* Terima kasih tidak terhingga dari saya.

Selasa, 21 Julai 2009

Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BIDOR, BIDOR PERAK





VISI SEKOLAH

MENJADIKAN SK SERI BIDOR SALAH SEBUAH SEKOLAH YANG TERBILANG DALAM UPSR DAERAH BATANG PADANG DAN NEGERI PERAK MENJELANG TAHUN 2010.


MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DALAM ASPEK KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH BAGI MENGHASILKAN INSAN YANG TERBAIK, BERDAYA SAING UNTUK MEMENUHI ASPIRASI NEGARA DAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM.


* Lencana ini sumbangan daripada SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BIDOR dan diterima oleh
penulis pada 21/07/2009.
* Terima kasih tidak terhingga dari saya.

New Design RM50 (4th series) - July 2009 Security Feature

New Design RM50 (4th series) - July 2009 Security Feature





BRAILLE FEATURE (1)

Braille feature of the diamond shape marking with a layer of tactile ink printed in intaglio can be felt by touching.

Section 1 of the obverse of the note:


WATERMARK PORTRAIT WITH ELECTROTYPE HIGHLIGHT (2)

The Watermark Portrait can be recognised by tints that are lighter or darker than the surrounding paper. This watermark portrait which has a three-dimensional effect appears without sharp outlines. At the base of the watermark, the numeral 50 is clearly visible.

Section 2 of the obverse of the note:


PERFECT SEE-THROUGH REGISTER (3)

Perfect See-Through Register feature where the graphic songket design on the obverse side of the note will register perfectly with the same graphic songket design on the reverse side when it is held against the light.

Section 3 of the obverse of the note:


MULTICOLOUR LATENT IMAGE (4)

Multicolour Latent Image of the denomination 50 can be seen when the banknote is tilted slightly and the colour changes when it is rotated.

Section 4 of the obverse of the note:


[b] When tilted slightly or rotated


INTAGLIO PRINT (5)

Intaglio Print is a raised printing effect produced by applying layers of tactile inks on various parts of the front and reverse sides of the notes, such as the portrait of the First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, denomination figures, design elements and the wording 'Bank Negara Malaysia'.

Section 5 of the obverse of the note:


HOLOGRAPHIC STRIPE (6)

Holographic Stripe features the denomination 50 and the hibiscus flower, with a multi-coloured pumping and matt-structure effect when the banknote is tilted slightly.

Section 6 of the obverse of the note:


THE COLOUR SHIFTING SECURITY THREAD (7)

The Security Thread is embedded in the paper and appears on the reverse side of the note as coloured intermittent lines. When the note is held against the light, it is seen as a continuous dark coloured line and contains repeated text reading RM50 BNM. When the note is tilted, the colour of the thread changes from red to green and vice versa.

Section 7 of the reverse of the note:


FLUORESCENT ELEMENTS VISIBLE UNDER ULTRA VIOLET LIGHT

Invisible Fluorescent Elements can be seen through various parts of the background on the obverse and reverse side of the banknote and will fluoresce in different colours when viewed under ultra-violet light.

IMAGE AND TEXT ON HOLOGRAPHIC STRIPE (6)

TEXT AND LOGO (7)

A rectangle showing the text BNM 50 with the stag motif, and repeated texts on security thread reading RM50 BNM. On the obverse side of the note, the thread can be seen as a continuous yellow fluorescent line.

Section 7 of the reverse of the note:


SECURITY FIBRES (8)

The security fibres in the paper in three colours: red, yellow and blue

Section 8 of the reverse of the note:


TWO-COLOUR FLUORESCENT ELEMENTS (9)

Complex design numeric '50' on the reverse which can be seen in green and red.

Section 9 of the reverse of the note:


NUMBERING (10)

The numbers fluoresce under ultra-violet light.

Section 10 of the reverse of the note:


MICRO PRINTINGS (7, 11, 12, 13)

Micro-Letterings can be viewed under a magnifying glass.

Micro-text in Security Thread (7)

Background Micro-Letterings (11)

Intaglio Micro-Letterings (12)

Intaglio Micro-Letterings (13)