Kebanyakan roti dan ban yang  dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi  terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan  di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang  ditetapkan oleh undang-undang.             
                                                                                                                                    
Dalam ujian yang dijalankan oleh  CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau        
Pinang dan Kuala Lumpur,  termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan  digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92%  mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan  oleh undang-undang.
                   
Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid  propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah  tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).            
Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti  (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid  propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji  oleh kami       
semuanya mempunyai  asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).             
Antara jenama terkenal  yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan       
Roman Meal. Turut terjejas  adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai  roti tempatan.                                                                                        
                                                                                                                                   
Gardenia                                                                                                   
Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai  asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang  dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006)  dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru  (Formula Multiwholegrain) adalah 2..4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih  tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3  kali lebih tinggi (ujian 2005).                   
Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti  Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik         
melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang.  Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi     
dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih  tinggi.                                                 
                                                                                                                                   
High 5                                                                                                       
Jenama terkenal lain High 5  mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati    mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5  Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar,  High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High  5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan  3.5 kali lebih tinggi pada 2005.                                                                   
                                                                                                                                   
Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar  undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5  Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.                            
  
                                                                                                                                   
Roman Meal                                                                                                 
Kami juga turut menguji roti Roman Meal  yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu  tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman  Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0  kali lebih tinggi.                  
                                                                                                                                   
Roti Pasar Raya                                                                                            
Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai  pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut  mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.  Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7  kali lebih tinggi.                 
                                                                                                                                   
Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3  kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali      
lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005,  ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik,       
sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan  oleh undang-undang.                                      
                                                                                                                                   
The Four Leaves English Toast  Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih  tinggi.                                                                                                    
                                                                                                                                    
Rangkaian Makanan Segera                                                                                   
Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds.  Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1  kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam  goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai  1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.                                                                
                                                                                                                                   
Kedai Roti Tempatan                                                                                         
Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti  juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati         mempunyai jumlah asid  propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang  juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun  mempunyai asid propionik 5.1kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan  oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti  tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery,  Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. Untuk hasil sepenuhnya, lihat  jadual.                           
                                                                                                                                   
Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair  berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu.  Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat  dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan  ternakan dan air minuman untuk ternakan.                                                                                    
                                                                                                                                   
Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan  yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium  propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan  dibakar kering..                                                                                   
                                                                                                                                    
Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian  dari Australia pada 2002        
mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang  (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat  kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan  tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan  menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.                                                          
                                                                                                                                   
Tiada Penguatkuasaan                                                                                        
Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna  akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat  tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang  sepenuhnya.                                                                          
                                                                                                                                   
Kementerian  Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya  dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.                                                                 
                                                                                                                                   
Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak  untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar           
undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan  berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia  termasuk kanak-kanak.                                                              
                                                                                                                                   
Nota: Jenama  roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh  didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September-  Oktober 2006 di pasaran sekarang.            
                                                                                                                                    
APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI  INDUSTRI MODEN?                                                        
                        ? Tepung Beracun                                                                                             
                         ? Pelembut Doh                                                                                             
                         ? Sisa Racun Makhluk Perosak                                                                                
                        ? Logam Berat                                                                                              
                        ? Pemutih                                                                                                    
                        ?  Pengemulsi                                                                                               
                         ? Rambut Manusia (L-cysteine)                                                                               
                        ? Agen Pengurang                                                                                           
                        ? Pengawet                                                                                                   
                        ? Terlalu  Banyak Garam                                                                                     
                         ? Lemak Trans                                                                                               
                        ? Terlalu Banyak Yis                                                                                       
                        ? Enzim Ubah Suai Genetik                                                                                    
                        ? Yis  Ubah Suai Genetik                                                                                    
Roti hari ini  adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada  pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang  dalam tempoh beberapa abad yang lalu.         
                                                                                                                                   
Di kebanyakan negara, termasuk  Malaysia , roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk           
menghasilkan sehingga suku juta  buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk  tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia  penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu  dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan  membakar").                                                                    
                                                                                                                                    
Roti hari ini juga  menjadi semakin lembut ? mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber           
daripada bijirin semula  jadi.                                                                              
                                                                                                                                   
Apa yang anda  perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila  mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan  apa kesannya kepada kesihatan anda.       
                                                                                                                                   
"Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar  untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan       
kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian  terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti."  (Akhbar British The Independent, dalam artikel, "The Shocking Truth About  Bread," 29 Ogos 2006).                                                                                     
   
Berikut adalah maklumat terkini  kompilasi fakta penting mengenai roti.                                     
1. Terlalu Banyak Bahan Penambah                                                                           
Roti yang dijual hari ini terlalu banyak  bahan kimia dengan bahan penambah (contohnya roti putih,          
merupakan salah satu bahan makanan  yang paling tercemar dengan bahan kimia yang boleh diperolehi hari ini.)                                                                                                       
                                                                                                                                    
Bahan  penambah adalah bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan sama ada secara  langsung atau tidak langsung sewaktu pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan.  Ia membantu untuk memperbaiki jangka hayat penyimpanan roti, nilai pemakanan  atau perisa.                                                            
Bagaimanapun, bahan penambah bukanlah  khasiat pemakanan semula jadi untuk manusia. Malah ia boleh memberikan kesan  buruk kepada kesihatan. Contohnya ammonium klorida, salah satu bahan kimia yang  ditemui dalam beberapa roti yang dipertingkatkan, mengurangkan keasidan air  kencing dan perlu dielakkan oleh mereka yang mempunyai masalah hati atau buah  pinggang.                                                     
                                                                                                                                   
Kalium bromat, bahan penambah  biasa yang digunakan dalam roti untuk meningkatkan jumlah, dan untuk  menghasilkan roti dengan struktur serbuk halus, juga boleh menjadi toksik kepada  sesetengah orang.        
Bromat  sendiri boleh menyebabkan kanser pada binatang dan kebanyakan bromat dengan  cepat berpecah kepada bentuk bromida berbahaya.                                                                                   
                                                                                                                                   
Bromat telah diharamkan di  seluruh dunia kecuali di Jepun dan Amerika Syarikat. Di California, tanda       
amaran kanser diperlukan pada  label jika bromat terdapat dalam roti..                                      
                                                                                                                                    
Apa Lagi Dalam  Roti Anda?                                                                                  
Pemutih: Tepung yang  dikisar mempunyai kesan kekuningan dan kualitinya tidak baik. Sewaktu  penyimpanan, warnanya menjadi putih dan kualitinya berubah dengan perlahan.  Sesetengah pelembut doh digunakan untuk mempercepatkan proses ini. Pemutih juga  turut digunakan sebagai ganti tepung yang lama. Contohnya benzoyl peroxide dan  gas klorin dioksida digunakan untuk memutihkan tepung.                                
                                                                                                                                   
Pelembut Doh:  Pembuat roti komersial sering menggunakan bahan penambah seperti pelembut doh  untuk memperbaiki tekstur, penampilan dan hayat simpanan roti. Sesetengah  pelembut ditambah sewaktu di kilang tepung, manakala yang lainnya ditambah di  tempat membuat roti.