Memaparkan catatan dengan label Lencana Sekolah Di Pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lencana Sekolah Di Pahang. Papar semua catatan

Selasa, 11 Ogos 2009

Lencana Sekolah Diperbuat Dari Besi-SEKOLAH KEBANGSAAN JANDA BAIK.

Lencana Sekolah Diperbuat Dari Besi-SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 2.


Tentu sebilangan daripada pembaca blog ini pernah memiliki dan menggunakan lencana sekolah yang diperbuat daripada besi. Lencana sekolah ini adalah yang pertama saya guna ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jengka 2 pada tahun 1981 ketika didalam darjah 1.

Kelemahan lencana ini adalah ianya akan membuatkan baju sekolah akan berlubang dan pin belakangnya yang diperbuat dari besi mudah berkarat. Mungkin ini sebabnya lencana sekolah telah ditukar ke dalam bentuk tanda nama dan kemudian dalam bentuk kain yang anak-anak kita gunakan sekarang.

Jumaat, 31 Julai 2009

Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 20, BANDAR PUSAT JENGKA, PAHANG


* Lencana ini sumbangan dari saudari Saliza yang bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 20 dan diterima oleh penulis pada 28/07/2009.

* Terima kasih daun keladi.

Selasa, 14 Julai 2009

Rabu, 24 Jun 2009

Lencana Sekolah / School Badges--SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 6

Lencana sekolah menengah tempat saya belajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 tahun 1991.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAN JENGKA 6,
26410 BANDAR PUSAT JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Laman web sekolah: SMK J6

Isnin, 22 Jun 2009

Lencana Sekolah / School Badges--SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 7.

Inilah lencana sekolah rendah yang kedua disematkan didada saya. Sebelum ini saya bersekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 2 sehingga mei 1983 sebelum berpindah ke jengka 7 pada hari khamis 5/5/1983. Di Jengka 7 saya bersekolah sehingga tamat darjah 6.

SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 7,
26410 BANDAR PUSAT JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Laman Sahabat Alumni Sekolah : ALUMNI SKJ 7