Jumaat, 12 Jun 2009

BUKU TEKS LAMA.




Buku teks ilmu kesihatan untuk darjah tiga yang pernah saya gunakan pada tahun 1983. Buku yang saya miliki ini merupakan cetakan kelapan pada tahun 1980. Jadi usianya pada tahun 2009 ini adalah 29 tahun. Bagi yang seusia dengan saya pasti mengingati buku ini.

BUKU SEKOLAH YANG MENJADI SEJARAH.


Seperti mana hobi saudara Rimanilzah di pasar karat , saya turut memiliki beberapa buah buku yang pernah saya gunakan pada awal persekolahan pada tahun 1981. Disini dipaparkan buku pelajaran bahasa malaysia untuk darjah 1 yang pernah saya gunakan pada tahun 1981.