Khamis, 27 Ogos 2009

Lencana Sekolah / School Badges - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMAI INDAH, BUKIT MERTAJAM










MOTO :Sentiasa Unggul
Unggul bermaksud teristimewa,terutama,terbaik,bijak,cekap,melebihi dan mengatasi
yang lain.Ia merupakan suatu cita-cita dan pengharapan ideal yang ingin dicapai oleh
setiap insan.Unggul bagi warga SMK Permai Indah ialah berusaha untuk mencapai
impian menjadi insan terbilang dalam semua aspek meliputi jasmani,emosi,rohani dan
intelek.Ini penting bagi mencapai kecemerlangan yang hakiki.
LOGO : Tangan Berdoa-Konsep bersyukur atas kurniaan Tuhan
Bulan dan bintang-Melambangkan integriti,kesucian dan keikhlasan beragama
Buku-Melambangkan ketinggian dan kekuatan bangsa
Komputer-Melambangkan kemampuan menguasai bidang sains dan teknologi
Bentu bulat-Melambangkan budaya kerjasama dan sepakat dalam tindakan
WARNA:Biru-Kematangan,harmoni dan perpaduan
Merah-Semangat berani dan berketrampilan
Putih-Sentiasa berdisplin tinggi dalam tindakan
Kuning-Kesucian dan sentiasa menghayati nilai murni







SMK Permai Indah dibina pada bulan September 2000.Pembinaan sekolah ini dimajukan oleh syarikat pemaju perumahan iaitu Syarikat Jamil Ghani Construction iaitu sebuah syarikat swasta dengan kos pembinaan sebanyak RM14juta.

Sebelum dibina, kawasan ini merupakan kawasan semak samun dan paya bakau. Kawasan diratakan dengan ditimbuni tanah sedalam 3 kaki. Keluasan kawasan sekolah ini dalam lingkungan 17.56 ekar. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasana 4 blok bangunan utama iaitu Blok A, B, C dan D. Di samping itu, terdapat blok ,kantin, surau, tempat letak basikal dan tempat menunggu bas.

Selain itu, terdapat 30 buah bilik darjah, 6 buah bilik makmal sains, 2 buah makmal komputer dan 2 buah makmal bahasa. Teradapat sebuah bilik muzik, bilik geografi, bilik sejarah, bilik gelap, bilik seni, bilik buku teks, bilik koperasi, bilik sukan, bilik kaunseling, bilik peperiksaan, bilik guru kanan, bilik pengetua, 2 buah bilik penolong kanan dan bilik penyelia petang serta bilik guru. Sekolah ini juga dilengkapi dengan alat penghawa dingin di blok pentadbiran.

Sekolah ini siap dibina pada Disember 2001. Mulai 7 Januari 2002, ia menerima pelajar perintis seramai 296 orang. Mereka terdiri dari 94 orang pelajar melayu, 131 orang pelajar cina dan 51 orang pelajar india.8 buah kelas dibuka dengan 5 buah kelas khas untuk aliran kebangsaan dan 3 buah kelas untuk kelas peralihan. Bilangan guru pada peringkat awal adalah seramai 11 orang dan 2 orang kakitangan staf sokongan.

Tuan Haji Mohd Munir Bin Md.Ramli dilantik sebagai Pengetua sekolah ini, dibantu oleh Puan Munirah Ooi Abdulllah sebagai Penolong Kanan, Encik Choo Seng Hwa sebagai Penolong Kanan HEM dan Encik Ahmad Fauzi Bin Harun sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum.


* Lencana sekolah ini merupakan sumbangan dari Cikgu Lina yang bertugas di Sekolah Menengah Permai Indah, Bukit Mertajam dan diterima oleh penulis pada 20 / 08 /2009.
* Terima kasih tidak terhingga dari saya.