Khamis, 27 Ogos 2009

Lencana Sekolah / School Badges - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMAI INDAH, BUKIT MERTAJAM










MOTO :Sentiasa Unggul
Unggul bermaksud teristimewa,terutama,terbaik,bijak,cekap,melebihi dan mengatasi
yang lain.Ia merupakan suatu cita-cita dan pengharapan ideal yang ingin dicapai oleh
setiap insan.Unggul bagi warga SMK Permai Indah ialah berusaha untuk mencapai
impian menjadi insan terbilang dalam semua aspek meliputi jasmani,emosi,rohani dan
intelek.Ini penting bagi mencapai kecemerlangan yang hakiki.
LOGO : Tangan Berdoa-Konsep bersyukur atas kurniaan Tuhan
Bulan dan bintang-Melambangkan integriti,kesucian dan keikhlasan beragama
Buku-Melambangkan ketinggian dan kekuatan bangsa
Komputer-Melambangkan kemampuan menguasai bidang sains dan teknologi
Bentu bulat-Melambangkan budaya kerjasama dan sepakat dalam tindakan
WARNA:Biru-Kematangan,harmoni dan perpaduan
Merah-Semangat berani dan berketrampilan
Putih-Sentiasa berdisplin tinggi dalam tindakan
Kuning-Kesucian dan sentiasa menghayati nilai murni







SMK Permai Indah dibina pada bulan September 2000.Pembinaan sekolah ini dimajukan oleh syarikat pemaju perumahan iaitu Syarikat Jamil Ghani Construction iaitu sebuah syarikat swasta dengan kos pembinaan sebanyak RM14juta.

Sebelum dibina, kawasan ini merupakan kawasan semak samun dan paya bakau. Kawasan diratakan dengan ditimbuni tanah sedalam 3 kaki. Keluasan kawasan sekolah ini dalam lingkungan 17.56 ekar. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasana 4 blok bangunan utama iaitu Blok A, B, C dan D. Di samping itu, terdapat blok ,kantin, surau, tempat letak basikal dan tempat menunggu bas.

Selain itu, terdapat 30 buah bilik darjah, 6 buah bilik makmal sains, 2 buah makmal komputer dan 2 buah makmal bahasa. Teradapat sebuah bilik muzik, bilik geografi, bilik sejarah, bilik gelap, bilik seni, bilik buku teks, bilik koperasi, bilik sukan, bilik kaunseling, bilik peperiksaan, bilik guru kanan, bilik pengetua, 2 buah bilik penolong kanan dan bilik penyelia petang serta bilik guru. Sekolah ini juga dilengkapi dengan alat penghawa dingin di blok pentadbiran.

Sekolah ini siap dibina pada Disember 2001. Mulai 7 Januari 2002, ia menerima pelajar perintis seramai 296 orang. Mereka terdiri dari 94 orang pelajar melayu, 131 orang pelajar cina dan 51 orang pelajar india.8 buah kelas dibuka dengan 5 buah kelas khas untuk aliran kebangsaan dan 3 buah kelas untuk kelas peralihan. Bilangan guru pada peringkat awal adalah seramai 11 orang dan 2 orang kakitangan staf sokongan.

Tuan Haji Mohd Munir Bin Md.Ramli dilantik sebagai Pengetua sekolah ini, dibantu oleh Puan Munirah Ooi Abdulllah sebagai Penolong Kanan, Encik Choo Seng Hwa sebagai Penolong Kanan HEM dan Encik Ahmad Fauzi Bin Harun sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum.


* Lencana sekolah ini merupakan sumbangan dari Cikgu Lina yang bertugas di Sekolah Menengah Permai Indah, Bukit Mertajam dan diterima oleh penulis pada 20 / 08 /2009.
* Terima kasih tidak terhingga dari saya.

Selasa, 11 Ogos 2009

Lencana Besi-VI SEAP GAMES 1971 AT KUALA LUMPUR.

Lencana Besi-3RD HOCKEY WORLD CUP 1975 AT KUALA LUMPUR.

Lencana Sekolah Diperbuat Dari Besi-SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN.

Lencana Sekolah Diperbuat Dari Besi-SEKOLAH KEBANGSAAN JANDA BAIK.

Lencana Sekolah Diperbuat Dari Besi-SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 4.

Lencana Universiti Malaya.

Lencana Sekolah Diperbuat Dari Besi-Sek.Keb Tanjung Perang.

Lencana Sekolah Diperbuat Dari Besi-SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 2.


Tentu sebilangan daripada pembaca blog ini pernah memiliki dan menggunakan lencana sekolah yang diperbuat daripada besi. Lencana sekolah ini adalah yang pertama saya guna ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jengka 2 pada tahun 1981 ketika didalam darjah 1.

Kelemahan lencana ini adalah ianya akan membuatkan baju sekolah akan berlubang dan pin belakangnya yang diperbuat dari besi mudah berkarat. Mungkin ini sebabnya lencana sekolah telah ditukar ke dalam bentuk tanda nama dan kemudian dalam bentuk kain yang anak-anak kita gunakan sekarang.

Buku Ilmu Mengarang Melayu Oleh ZA'BA'








Buku bertajuk Ilmu Mengarang Melayu ini adalah ditulis oleh Z.A.B.A. Ianya merupakan cetakan ketiga bagi tulisan rumi pada tahun 1965 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rabu, 5 Ogos 2009

Postcard Malaysia -Telekom Malaysia


Postcard from Telekom Malaysia.

Postcard Malaysia -Telekom Malaysia


Postcard from Telekom Malaysia.

Postcard Malaysia -Code #19204


An expert kite-maker designing a traditional moon kite.

Postcard Malaysia -Code #43676


The Prime Minister's Office Complex and the Putra Mosque. Two of the most significant landmarks in Putrajaya.

Postcard Malaysia -Code #45614


Trishaw riders taking a breather outside People's Museum at Jalan Kota in Malacca. Harking back to the 1940's, trishaws can be rented for sightseeing tours of this histrorical city.

Postcard Malaysia - #10124

The Sultan Abdul Samad Building .

Wang Kertas / Bank Notes - Hong Kong 10 Dollars 1977


Wang Kertas Indonesia- Seribu Rupiah ( 2000 )


Selasa, 4 Ogos 2009

Wang Kertas Indonesia- Seribu Rupiah ( 1992 )


Wang Kertas Indonesia- Seratus Rupiah ( 1992 )


Wang Kertas Indonesia- Lima Rupiah ( 1959 )


Wang Kertas Indonesia- Satu Rupiah ( 1956 )


Wang Kertas- Dua Puluh Ringgit / Bank Notes-Twenty Ringgit



Wang kertas RM20 ini ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara ketiga iaitu Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein.

Wang Kertas- Dua Ringgit / Bank Notes-Two Ringgit.



Wang kertas nilai baru RM2 yang bertemakan wawasan 2020 telah dikeluarkan pada 5 Februari 1996. Dimuka belakang memaparkan imej-imej yang menggambarkan kepesatan pembangunan di Malaysia.

Wang Kertas- Sepuluh Ringgit Siri Kedua / Bank Notes-Ten Ringgit Second Series



Siri kedua RM10 telah dikeluarkan oleh Bank Negara pada 15 September 1983. Reka bentuk secara keseluruhannya adalah berdasarkan kepada corak tatu kaum Iban.

Dimuka belakang memaparkan Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang telah siap dibina pada tahun 1911.

Wang Kertas- Lima Ringgit Siri Kedua / Bank Notes-Five Ringgit Second Series



Wang kertas RM5 dengan rekabentuk baru dibamuka belakang yang memaparkan tiang bendera tanpa palang.