Memaparkan catatan dengan label Pemergian Ayahanda ke Rahmatullah.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemergian Ayahanda ke Rahmatullah.. Papar semua catatan

Khamis, 7 Mei 2009

PEMERGIAN AYAHANDA TERCINTA.



Tentu anda semua tertanya-tanya kenapa saya memaparkan 3 cerita kemalangan yang sama di blog saya ini. Untuk pengetahuan anda , penunggang motosikal tersebut adalah ayah saya yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke ladang getah untuk menoreh.

Saya yang ketika itu berada di rumah sedang bersiap untuk ke tempat kerja terkejut apabila mendapat berita tersebut. Mujur saya belum keluar dari rumah lagi kerana saya ke tempat kerja menggunakan motor dan tahu sajalah bila bawak motor mana boleh dengar bunyi telefon. Sebagai anak yang sulung saya terus menghubungi adik beradik saya yang tinggal di sekitar KL. Masing -masing terkejut dan menangis.

Saya bertolak dari rumah pada pukul 10am dan tiba dirumah pada pukul 12.30tghari ketika jenazah sedang dimandikan. Jenazah telah disembahyangkan di masjid dan dikebumikan selepas solat zohor. Semua gambar mengenai kemalangan tersebut ada saya paparkan bersama dengan petikan akhbar.

Baca dan sedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah setelah anda semua selesai membaca paparan ini.

Sabtu, 25 April 2009

July 01, 2008 17:50 PM

Dua Warga Emas Maut Dalam Nahas Melibatkan Tiga Kenderaan

KUANTAN, 1 Julai (Bernama) -- Dua warga emas terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan termasuk sebuah bas kilang di Km24 Jalan Maran-Bandar Jengka, dekat Maran awal pagi ini.

Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Maran ketika dihubungi Bernama, berkata mangsa yang terbunuh ialah penunggang motosikal, A. Hamid Jusoh, 57, dari Felda Kenaga dekat Jengka 7, Maran dan penumpang kereta, Mohd Din Samsuddin, 61, dari Jengka 2, Maran.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 6.50 pagi itu, motosikal A. Hamid yang dalam perjalanan dari arah Jengka menuju ke Maran dipercayai dilanggar kereta yang dinaiki Mohd Din sebelum kereta berkenaan terbabas dan bertembung dengan sebuah bas kilang.

"A. Hamid mati di tempat kejadian manakala Mohd Din meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Jengka," katanya.

Beliau berkata kemalangan itu turut menyebabkan tiga daripada lima penumpang bas kilang berkenaan, pemandu dan penumpang kereta terbabit cedera ringan dan kesemua mereka mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Jengka.

--DIPETIK DARI BERNAMA

KEMALANGAN PADA 1/7/2008 DI JENGKA.




2 warga emas terbunuh, lima cedera dalam nahas

Kereta terbabas selepas rempuh motosikal bertembung dengan bas

MARAN: Dua warga emas maut, lima cedera termasuk tiga parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan bas kilang, motosikal dan kereta, di Kilometer 24, Jalan Maran-Bandar Jengka, dekat Felda Jengka 4, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, A Hamid Jusoh, 57, dari Felda Kenanga, Jengka 7 dan Mohd Din Samsuddin, 61, dari Felda Jengka 2, dekat sini, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bandar Jengka (HBJ) akibat cedera parah di kepala.

Mangsa yang parah dan menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh ialah pemandu bas, Sidek Mat Hussin, 60, dan dua penumpangnya, Ruziana Alias, 22, dan Norsam Salim, 27, manakala mangsa yang cedera ringan ialah anak perempuan Mohd Din, Normala, 27, dan Salina, 37.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata kejadian berlaku apabila A Hamid yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari Jengka ke Maran, dilanggar dari arah belakang oleh kereta dipandu Normala.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke kiri jalan, manakala kereta dipandu Normala terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas kilang.

Katanya, bas kilang itu kemudian jatuh ke tebing, menyebabkan Sidek, Ruziana dan Norsam parah, manakala Normala, Salina dan Mohd Din yang duduk di belakang kereta tersepit.

"Mohd Din dan dua anak perempuannya yang tersepit dalam kereta Proton Wira berjaya dikeluarkan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Bandar Jengka.

"Semua yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, Mohd Din dan A Hamid disahkan meninggal dunia di HBJ ketika menerima rawatan akibat cedera di kepala," katanya di sini, semalam.

Mohd Johari berkata, polis masih meneruskan siasatan kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, saksi kejadian, Azmi Omar, 42, berkata dia cuba menenangkan Normala dan Salina selepas melihat mangsa menggelabah dan panik ketika melihat bapanya berlumuran darah serta tidak sedarkan diri.

Katanya, mangsa sempat menjerit ketika menghubungi abangnya supaya datang segera ke tempat kejadian untuk melihat keadaan bapanya.

KEMALANGAN PADA 1/7/2008 DI JENGKA.


ARKIB : 02/07/2008

2 warga emas maut nahas

MARAN 1 Julai - Dua warga emas maut selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan termasuk sebuah bas kilang di Kilometer 24, Jalan Maran-Bandar Jengka, dekat Maran, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh ialah penunggang motosikal, A. Hamid Jusoh, 57, dari Felda Jengka 7 dan penumpang kereta, Mohd. Din Samsuddin, 61, dari Felda Jengka 2.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, kemalangan pada pukul 6.50 pagi itu berlaku apabila motosikal yang dinaiki A. Hamid yang dalam perjalanan dari arah Jengka menuju Maran dipercayai dilanggar kereta yang dinaiki Mohd. Din dari arah belakang.

''Selepas itu, kereta berkenaan terbabas dan berlanggar pula dengan sebuah bas kilang yang datang dari arah bertentangan.

''Kejadian itu menyebabkan A. Hamid terpelanting di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut beliau, Mohd. Din yang duduk di bahagian belakang kereta meninggal dunia di Hospital Jengka akibat cedera parah.

Katanya lagi, pemandu dan empat lagi penumpang bas kilang berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital berkenaan.

''Turut menerima rawatan pesakit luar ialah pemandu dan penumpang kereta tersebut yang mengalami kecederaan ringan," katanya.

Kes berkenaan, tambah beliau, disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

DIPETIK DARI AKHBAR UTUSAN MALAYSIA.