APA SAJA YANG MENARIK DIPANDANGAN MATA DAN SESUAI UNTUK DISIMPAN ITULAH YANG MENJADI KOLEKSI SAYA.
Sabtu, 26 Disember 2009
MAJLIS BERCUKUR ANAK KETIGA.
LOKASI DI SEKITAR PASAR PAYANG, KUALA TERENGGANU.
Tingkat bawah yang menjadi lokasi tempat jualan pelbagai jenis barangan makanan kering dan basah.
Isnin, 23 November 2009
MAKLUMAT TERKINI MENGENAI LOKASI BANJIR DAN JALAN YANG DITUTUP.
Pihak JKR telah mewujudkan satu laman web untuk kita mengesan lokasi banjir dan jalan yang ditutup di seluruh pelosok tanah air kita
klik disini untuk panduan lokasi banjir dan jalan yang ditutup
Rabu, 7 Oktober 2009
Khamis, 27 Ogos 2009
Lencana Sekolah / School Badges - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMAI INDAH, BUKIT MERTAJAM
| | |
MOTO :Sentiasa Unggul Unggul bermaksud teristimewa,terutama,terbaik,bijak,cekap,melebihi dan mengatasi yang lain.Ia merupakan suatu cita-cita dan pengharapan ideal yang ingin dicapai oleh setiap insan.Unggul bagi warga SMK Permai Indah ialah berusaha untuk mencapai impian menjadi insan terbilang dalam semua aspek meliputi jasmani,emosi,rohani dan intelek.Ini penting bagi mencapai kecemerlangan yang hakiki. LOGO : Tangan Berdoa-Konsep bersyukur atas kurniaan Tuhan Bulan dan bintang-Melambangkan integriti,kesucian dan keikhlasan beragama Buku-Melambangkan ketinggian dan kekuatan bangsa Komputer-Melambangkan kemampuan menguasai bidang sains dan teknologi Bentu bulat-Melambangkan budaya kerjasama dan sepakat dalam tindakan WARNA:Biru-Kematangan,harmoni dan perpaduan Merah-Semangat berani dan berketrampilan Putih-Sentiasa berdisplin tinggi dalam tindakan Kuning-Kesucian dan sentiasa menghayati nilai murni |
| | |
SMK Permai Indah dibina pada bulan September 2000.Pembinaan sekolah ini dimajukan oleh syarikat pemaju perumahan iaitu Syarikat Jamil Ghani Construction iaitu sebuah syarikat swasta dengan kos pembinaan sebanyak RM14juta. Sebelum dibina, kawasan ini merupakan kawasan semak samun dan paya bakau. Kawasan diratakan dengan ditimbuni tanah sedalam 3 kaki. Keluasan kawasan sekolah ini dalam lingkungan 17.56 ekar. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasana 4 blok bangunan utama iaitu Blok A, B, C dan D. Di samping itu, terdapat blok ,kantin, surau, tempat letak basikal dan tempat menunggu bas. Selain itu, terdapat 30 buah bilik darjah, 6 buah bilik makmal sains, 2 buah makmal komputer dan 2 buah makmal bahasa. Teradapat sebuah bilik muzik, bilik geografi, bilik sejarah, bilik gelap, bilik seni, bilik buku teks, bilik koperasi, bilik sukan, bilik kaunseling, bilik peperiksaan, bilik guru kanan, bilik pengetua, 2 buah bilik penolong kanan dan bilik penyelia petang serta bilik guru. Sekolah ini juga dilengkapi dengan alat penghawa dingin di blok pentadbiran. Sekolah ini siap dibina pada Disember 2001. Mulai 7 Januari 2002, ia menerima pelajar perintis seramai 296 orang. Mereka terdiri dari 94 orang pelajar melayu, 131 orang pelajar cina dan 51 orang pelajar india.8 buah kelas dibuka dengan 5 buah kelas khas untuk aliran kebangsaan dan 3 buah kelas untuk kelas peralihan. Bilangan guru pada peringkat awal adalah seramai 11 orang dan 2 orang kakitangan staf sokongan. Tuan Haji Mohd Munir Bin Md.Ramli dilantik sebagai Pengetua sekolah ini, dibantu oleh Puan Munirah Ooi Abdulllah sebagai Penolong Kanan, Encik Choo Seng Hwa sebagai Penolong Kanan HEM dan Encik Ahmad Fauzi Bin Harun sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum. * Terima kasih tidak terhingga dari saya. |
Khamis, 13 Ogos 2009
Selasa, 11 Ogos 2009
Lencana Sekolah Diperbuat Dari Besi-SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 2.
Kelemahan lencana ini adalah ianya akan membuatkan baju sekolah akan berlubang dan pin belakangnya yang diperbuat dari besi mudah berkarat. Mungkin ini sebabnya lencana sekolah telah ditukar ke dalam bentuk tanda nama dan kemudian dalam bentuk kain yang anak-anak kita gunakan sekarang.