Selasa, 11 Ogos 2009

Lencana Sekolah Diperbuat Dari Besi-SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 2.


Tentu sebilangan daripada pembaca blog ini pernah memiliki dan menggunakan lencana sekolah yang diperbuat daripada besi. Lencana sekolah ini adalah yang pertama saya guna ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jengka 2 pada tahun 1981 ketika didalam darjah 1.

Kelemahan lencana ini adalah ianya akan membuatkan baju sekolah akan berlubang dan pin belakangnya yang diperbuat dari besi mudah berkarat. Mungkin ini sebabnya lencana sekolah telah ditukar ke dalam bentuk tanda nama dan kemudian dalam bentuk kain yang anak-anak kita gunakan sekarang.

Tiada ulasan: