Sabtu, 18 Julai 2009

Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KAPAR INDAH.


SIMBOL

BUKU : Melambangkan kesuburan ilmu yang sentiasa berkembang.

RODA : Melambangkan rukun iman serta melambangkan kemajuan sains dan teknologi yang perlu diterokai.

POKOK JATI : Melambangkan jati diri pelajar yang keteguhan seimbang dari jasmani, emosi, rohani dan intelek.


WARNA

KUNING : Kebesaran Tuhan dan ketaatan kepada raja dan pemimpin

HIJAU : Kecintaan terhadap kehidupan yang amandan pemupukan perpaduan antara kaum.

MERAH : Keberanian , ketekunan dan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.


UNGKAPAN

BERUSAHA : Rajin, bekerja keras dan bersemangat kuat untuk mencapai matlamat.

BERILMU : Tekun mencari ilmu dan mencintainya dalam usaha menjadi insan yang cemerlang.

BERJASA : Pendidikan dengan kesedaran bahawa pembentukan Insan akhirnya

SEJARAH SMKSKI

SMK Sungai Kapar Indah yang dibangunkan di kawasan seluas 9.0 ekar di Taman Sungai Kapar Indah , Sementa. Ia adalah sebuah Sekolah Menengah Harian biasa yang boleh menempatkan 1300 pelajar pada satu sesi persekolahan. Sekolah ini mula dibuka pada pertengahan tahun 2003 dengan 2 orang penolong kanan, seorang guru dan 7 staf sokongan. Pada 29 September, pengetua pertama melapor diri.Sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan, dilengkapi dengan prasarana asas yang kondusif terdiri daripada 36 bilik darjah, sebuah bilik komputer, bilik bahasa, bilik kejuruteraan teknologi, bilik lukisan kejuruteraan, bilik ERT, bengkel KH, makmal sains, Pusat Sumber, kedai buku, kantin, surau, pejabat, bilik guru dan bilik kesihatan.Semenjak ia dibuka pada 5 Januari 2004, sekolah ini telah memulakan sesi persekolahannya dengan membuka 16 kelas yang menempatkan seramai 530 pelajar dari tingkatan 1,2,4 & 6. Bilangan guru ketika itu adalah seramai 32 orang. Pada awal tahun 2005, bilangan kelas telah bertambah kepada 32, dengan pelajar berjumlah 1000 orang dan keperluan guru adalah seramai 59 orang. Untuk mengisi tingkatan 1 “feeder school” bagi sekolah ini adalah SK Sementa dan SK Sg Kapar Indah, manakala bagi pelajar tingkatan 2, dan 4 adalah kebanyakkannya dari SMKTIS dan SMKRP. Pada tahun 2005, SMKSKI juga telah dipilih untuk menempatkan pelajar tingkatan 1 dalam Program Rancangan Khas (KRK). Pelajar ini adalah pelajar cemerlang UPSR yang tidak berpeluang ke SBP. Pemilihan mereka adalah di bawah kawalan PPD Klang.



Tiada ulasan: