Selasa, 14 Julai 2009

Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESI.


Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi telah dicipta oleh seorang pelajar dari Institut Teknologi Mara. Moto sekolah pula telah dicipta oleh Pengetua kedua sekolah, iaitu Encik Abdul Manaf bin Haji Abdul Rahman. Moto ini diberikan tema “MAJU” yang bermaksud “Maju dan Amanah, Jaya dengan Usaha”. Lagu sekolah, "MAJU BERSAMA" pula telah dicipta oleh Encik Mohd. Jamil @ Jamlon Abdullah. Lirik lagu ini telah ditulis oleh En. Zakaria b. Zawawi dan Pn. Nor Aziah bt. Mahat. Misi SMKSB yang terkini ialah ‘Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi Terus Cemerlang menjelang 2013’ menggantikan misi sebelumnya iaitu ‘Cemerlang Menjelang 2008’. Sementara itu, SMKSB memilih ungkapan ‘Merah Membara’ sebagai slogan rasminya mulai tahun 2008.



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESI,
KUALA LUMPUR

Tiada ulasan: