APA SAJA YANG MENARIK DIPANDANGAN MATA DAN SESUAI UNTUK DISIMPAN ITULAH YANG MENJADI KOLEKSI SAYA.
Ahad, 19 Julai 2009
Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA, SHAH ALAM
SEJARAH SKBN:
Sekolah Kebangsaan Bukit Naga dibuka pada 19 Mac 1921 satu-satunya lokasi yang wujud pada masa itu di Batu 6, Kampung Bukit Naga Klang. Nama asal sekolah ini adalah Sekolah Melayu Batu 6, Jalan Bukit Kemuning, Klang.
Pada awal sekolah ini dibuka ia hanya mempunyi seramai 23 orang murid lelaki sahaja, hanya selepas 3 tahun kemudian 3 orang murid perempuan telah mendaftar. Tenaga pengajar pada ketika itu hanya 2 orang iaitu Cikgu Md Zain bin Mohamad sebagai Guru Besar dan Cikgu Abdurrahman bin Lebai sebagai penolongnya.
Bangunan kayu yang mula-mula dibina hanya bertahan selama lima tahun sahaja dan pada akhir tahun 1925 ia digantikan dengan bangunan kayu bertiang yang lebih sempurna dengan keluasan 64 kaki panjang dan 26 kaki lebar bagu menampung bilangan murid yang terus meningkat sehingga 84 orang pada tahun1941 dan setelah kemasukan Jepun jumlah muridnya terus merosot hingga pada akhir pemerintahan Jepun (tahun 1945), Sekolah Melayu Bukit Naga terpaksa ditutup. Semua peralatannya dipindahkan ke sekolah yang baru dibina oleh orang-orang kampong di Jalan Kebun. Guru-guru juga turut dipindahkan ke sekolah tersebut. Pada peringkat asalnya sekolah baru itu juga dikenali dengan nama Sekolah Melayu Bukit Naga.
Walaubagaimanapun, Sekolah Melayu Bukit Naga ini dibuka semula pada tahun 1946, iaitu sewaktu pihak British memerintah semula Tanah Melayu. Semenjak itu Sekolah Melayu Bukit Naga terus berkembang maju dengan penambahan murid dan bangunan-bangunan baru dan seterusnya mendapat nama baru Sekolah Kebangsaan Bukit Naga (SKBN).
Disaat yang mencuit hati, hayat bangunan kayu bersejarah yang berusia 73 tahun terpaksa dirobohkan pada Disember 1998 diatas faktor keselamatan dan digantikan dengan bangunan batu setinggi 4 tingkat.
Sekolah Kebangsaan Bukit Naga kini berdiri megah menjadi mercu tanda Kampung Bukit Naga diatas Lot 3849, Seksyen 32, Bukit Naga, Shah Alam yang meliputi kawasan seluas 6 ekar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan