Terdapat 4 warna pada lencana sekolah iaitu :
1. MERAH - Keberanian.
- Berani membanteras anasir – anasir yang tidak di ingini.
- Berazam dan bercita – cita murni ke arah kejayaan
2. KUNING - Ketaatan kepada raja yang memerintah
3. HIJAU - Kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara
4. BIRU - Keamanan dan kebahagiaan
- Tiada persengketaan ( mewujudkan suasana baik – baik di kalangan guru dengan guru , guru dengan murid , guru dengan ibubapa serta masyarakat sekeliling )
DUA TANGAN , OBOR DAN 4 GELUNG ROTAN
Penyemaian semangat ‘ Kesukanan ’ bermula dari bangku sekolah lagi.Ini dilambangkan oleh satu obor yang melambangkan wujudnya semangat kesukanan yang berkobar – kobar di kalangan murid – murid.Disamping itu, terdapat 4 buah gelung rotan yang menggambarkan gabungan 4 buah rumah sukan yang diadakan di sekolah ini.Rumah – rumah sukan itu pula dikaitkan dengan 4 warna yang terdapat pada lambang sekolah iaitu merah , biru , hijau dan kuning.Dua tangan kelihatan merangkul obor dan 4 gelung rotan itu tadi iaitu sedapat mungkin cuba memelihara keunggulan dan semangat kekitaan yang ada dapat dikekalkan.
Bagi mengatasi keadaan begini , atas daya usaha ketua kampung iaitu Tok Penghulu, sebuah bangunan sekolah telah dibina pada 1906 di atas tapak masjid lama Tanjong Karang.Namun demikian. Namun demikian, ramai ibubapa yang masih tidak memahami relevannya pendidikan sekular. Ditambah lagi dengan kemahuan ibu bapa yang inginkan anaknya membantu mereka membuat kerja – kerja rumah atau di sawah ladang. Kehadiran murid semakin merosot dan menyebabkannya terpaksa ditutup beberapa bulan kemudian. Bangunan asal telah dibawa ke Bukit Belimbing,Kuala Selangor dan dibuka pula di sana.
Anak–anak kampung mula tidak menerima pendidikan di sekolah lagi.Namun begitu , mereka berpeluang mengaji Al–Quran di rumah imam yang ada ketika itu iaitu Imam Puput.Keadaan ini berlanjutan sehingga tamatnya Perang Jerman pada tahun 1918. Walaupun begitu, orang–orang tua di kampung masih tidak berpuas hati dengan ketiadaan sekolah di kampung mereka. Akhirnya, atas usaha Penghulu Raja Alang , kedai kepunyaan Imam Puput telah diubahsuai untuk dijadikan bangunan sekolah dan dikenakan bayaran sewa tahunan . Akhirnya pada 9 Februari 1920, Sekolah ini dibuka dengan bolangan 2 orang guru dan 45 orang murid. Pada tahun 1925, sebuah bangunan kayu di bina dan diberi nama Sekolah Melayu Tanjong Karang.
Pada tahun 1953, darjah tujuh diwujudkan. Pada tahun 1955 hingga tahun 1959, sekolah ini dijadikan Sekolah pusat Penempatan Pelajar-pelajar Darjah Tujuh. Pada bulan Mei 1959, sekolah ini dijadikan penempatan sementara Darjah Menengah Melayu Tanjong Karang yang kini dikaenali sebagai sekolah Menengah Dato Harun. Pada tahun 1974 dan 1981, di bina bangunan dua tingkat bagi menampung 420 orang murid dan 22 orang guru. Sekolah ini juga menempatkan Pusat kegiatan guru bagi sekolah-sekolah Zon Tanjong Karang sehingga di dirikan bangunan PKG Tanjong Karang.
Pada 5 Januari 1992, diwujudkan kelas pra sekolah tajaan Kementerian Pendidikan. Ianya menampung seramai 25 orang murid dan seorang guru. Pada tahun 1998, telah dibina bangunan dua tingkat bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Pada November 2001, makmal komputer telah diserahkan kepada pihak sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan