Ahad, 19 Julai 2009

Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA.



S.K.S.2.B.K mula dibina pada awal tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2001. Sekolah ini mula beroperasi pada 4.2.2002 yang lalu. Seramai 17 orang guru kumpulan pertama yang ditugaskan mengajar di sekolah ini secara rasmi. Murid-murid kumpulan pertama pula ialah seramai 343 orang dengan 9 buah kelas dibuka.
Pada tahun 2003 sejumlah 14 buah kelas telah dibuka dan bilangan murid sekolah seramai 568 orang. Bilangan guru juga bertambah kepada 30 orang. Pada tahun 2004 terdapat 23 buah kelas dan seramai 826 murid dengan 42 orang guru.
Kini, SKS2BK bergerak dengan tenaga kerja seramai 52 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Kami bekerja dengan satu misi dan visi yang sama untuk melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang.

Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara
Jalan BK3/8
Bandar Kinrara
47180 Puchong
Tel: 0380769376/0380769364

Tiada ulasan: