APA SAJA YANG MENARIK DIPANDANGAN MATA DAN SESUAI UNTUK DISIMPAN ITULAH YANG MENJADI KOLEKSI SAYA.
Selasa, 14 Julai 2009
Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH.
Keterangan warna :
- Merah – Melambangkan semangat waja yang membara dalam mengejar ilmu
- Kuning – Melambangkan Kedaulatan Negara
- Biru – Melambangkan perpaduan seluruh warga sekolah
- Putih – Melambangkan budi pekerti yang bersih dan mulia diamalkan oleh warga sekolah
Keterangan bentuk :
- Perisai Ketahanan diri
- Obor dan Buku Kecemerlangan dalam bidang akademik dan sukan yang diberi keutamaan dan seiringan. Cahaya obor bermaksud kejayaan dicari dengan berpandukan Rukun Islam dan Rukun Negara yang lima
- Lima Gelung Mewakili lima rumah sukan yang ada di sekolah
Moto
“Berilmu, Beramal Dan Berbakti”
- BERILMU Hidup mesti dipenuhi ilmu
- BERAMAL Ilmu yang ada perlu diamalkan.
- BERBAKTI Kesediaan warga sekolah untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara
Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
Jalan Indah 2/1, Taman Puchong Indah,
47100 Puchong,
Selangor.
Tel : 03-80682745
Fax : 03-80685603
Jalan Indah 2/1, Taman Puchong Indah,
47100 Puchong,
Selangor.
Tel : 03-80682745
Fax : 03-80685603
Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESI.
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi telah dicipta oleh seorang pelajar dari Institut Teknologi Mara. Moto sekolah pula telah dicipta oleh Pengetua kedua sekolah, iaitu Encik Abdul Manaf bin Haji Abdul Rahman. Moto ini diberikan tema “MAJU” yang bermaksud “Maju dan Amanah, Jaya dengan Usaha”. Lagu sekolah, "MAJU BERSAMA" pula telah dicipta oleh Encik Mohd. Jamil @ Jamlon Abdullah. Lirik lagu ini telah ditulis oleh En. Zakaria b. Zawawi dan Pn. Nor Aziah bt. Mahat. Misi SMKSB yang terkini ialah ‘Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi Terus Cemerlang menjelang 2013’ menggantikan misi sebelumnya iaitu ‘Cemerlang Menjelang 2008’. Sementara itu, SMKSB memilih ungkapan ‘Merah Membara’ sebagai slogan rasminya mulai tahun 2008.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESI,
KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR
Lencana Sekolah / School Badges---SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG.
Bintang : Sinar Ilmu
Lapisan Buku : Kepintaran
Bulatan : Kemajuan
Lencana Sekolah :
1. Merah : Menunjukkan kesetiaan
2. Putih : Menunjukkan kesucian
3. Biru : Menunjukkan keharmonian
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG
48000 Rawang, Selangor.
Tel: 605-716 1302 | Faks: 603-60924881
48000 Rawang, Selangor.
Tel: 605-716 1302 | Faks: 603-60924881
Sabtu, 11 Julai 2009
Kelahiran Anak Ketiga.
Khamis, 9 Julai 2009
Kelahiran Anak Ketiga.
Rabu, 8 Julai 2009
Selasa, 7 Julai 2009
Isnin, 6 Julai 2009
Hobi Mengumpul Kad Telefon.
Hobi mengumpul kad telefon seingat saya bermula pada tahun 1997 ketika itu sedang hangat bercinta dengan gadis manis dari Kuala Terengganu. Cuba anda bayangkan jika seorang di Kuala Lumpur dan seorang lagi di K Terengganu....berapa banyakkah duit syiling yang perlu disediakan untuk panggilan selama 15 minit hingga 30 minit. Tentu berat poket nak membawa duit syiling tersebut.
Nasib baiklah ada kad telefon ni, jadi memudahkan kerja untuk membuat panggilan. Ada juga yang meninggalkan kad telefon yang telah habis digunakan di pondok telefon, jadi ambil ajelah untuk disimpan.
Syarikat TELEKOM MALAYSIA yang mula memperkenalkan kad telefon dengan pondok telefon berwarna kuning yang dikhaskan untuk kad telefon sahaja. Kemudian diperkenalkan pondok telefon berwarna biru yang boleh menggunakan duit syiling dan kad .
Kemudian muncul satu lagi pengendali telefon awam yang menggunakan kad tetapi kewujudannya tak lama. Syarikat tersebut ialah CITIFON dan pondok telefon miliknya berwarna hijau.Penggunaan kad telefon beransur-ansur lenyap setelah kemunculan telefon bimbit.
Rumah Tradisional / Traditional House



Traditional Houses Theme
Technical Details
Stamps
Stamp Value :50 sen (16 designs)
Sheet Content :16 Stamps
Paper :SPM Watermarked, Phosphor Coated
Printing Process :Lithography
Printer :Percetakan Keselamatan Sdn Bhd
Stamp Designer :Reign Associates Sdn Bhd
First Day Cover
First Day Cover Value : 30 Sen
Folder
Folder Value :RM 5.50
Date of Issue 9-Jul-2009
Ahad, 5 Julai 2009
Langgan:
Catatan (Atom)